Thursday, July 22, 2010

Jikalau mencintaimu selama ini merupakan satu kesilapan besar dan dosa, akulah insan yang paling bersalah dan berdosa....tapi bukankah setiap insan itu diciptakan hati dan perasaan agar dapat menyayangi dan disayangi???Sesungguhnya tidak pernah ku duga begini pengakhiran jalan cerita kita....air mata,penipuan dan rahsia menjadi pengiring setia. Tapi sampai bila engkau mahu menduga hati ini dengan sandiwaramu di pentas yang kau cipta??? Kenapa dia yang bergelar sahabatku yang menjadi pilihanmu??? Aku benar2 terluka ketika menerima perkhabaran itu kerana teganya dirimu mempermainkan hati ku selama ini....NAMUN aku pasrah andai itu suratan yang tertulis untukku dan ku yakin ada hikmah tersembunyi untukku...Cuma satu pintaku, biarlah aku membawa diri jauh dari pandangan matamu dan maafkan aku sekiranya mencintaimu selama ini membuat kisah cintamu menjadi satu rahsia yang tersimpan rapi....Perlu kau tahu bahawa akulah insan yang telah kau lukai.....NAMUN demi sebuah PERSAHABATAN yang telah lama terjalin antara kita bertiga, aku pasrah dan rela mengundur diri.........ku relakan dikau pergi bersama sidia yang kau sayang......Semoga berbahagia selalu...